Tampilkan postingan dengan label atau. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atau. Tampilkan semua postingan
Kamis, 20 Februari 2014
Kuala Besut Celup atau calit pastikan dakwat kekal
Harakahdaily
| Anis Nazri, | 11 Jul 2013 |
"Isunya bukan calit, celup atau mandi sekalipun. Isunya dakwat itu mampu kekal ataupun tidak. Sebelum ini, ada orang pertikai kena calit dakwat di jari mereka. Tidak ada. Yang orang pertikai apabila dakwat yang dikatakan kekal, tidak kekal walaupun baru selesai membuang undi," tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd yang menetapkan pengundi PRK Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.
Tambah Dr. Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, untuk PRK Kuala Besut ini, SPR perlu memastikan dakwat yang akan diguna pada hari mengundi nanti benar-benar kekal.
"Janganlah SPR konon cuba hendak buat penambahbaikan dengan menukar cara dakwat digunakan. Itu bukan isunya. Kali ini, kena pastikan betul-betul dakwat itu dakwat kekal, bukan pewarna makanan," kata beliau sambil menyifatkan PRK kali ini bukan medan untuk SPR membersihkan imej atau penambahbaikan.
Katanya, kalau SPR ingin menebus kepincangan yang dilakukannya sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebelum ini, terlalu banyak yang perlu dilakukan badan itu untuk tujuan tersebut.
"Kalau hendak tebus kesilapan SPR, tidak tertebus dengan ubah cara penggunaan dakwat ini. Terlalu banyak kesalahan SPR. Kalau hendak tebus juga, SPR kena buat banyak lagi (perubahan)," tegas beliau.
Abdul Aziz, dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa pada 24 Julai.
Sebelum ini, ramai pihak, khususnya Pakatan Rakyat dan juga pengundi melahirkan rasa tidak puas hati apabila dakwat yang dicalitkan di jari mereka hilang sejurus beberapa jam selepas membuang undi.
Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat memandangkan SPR sebelum itu memberi jaminan bahawa dakwat yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kekal bertahan selama tujuh hari.
Jumat, 29 November 2013
Resep Cara Membuat Susu Kedelai Atau Soya
Resep cara membuat susu kedelai sederhana, enak, dan mudah. Susu ini biasa disebut juga dengan soya yang sekarang ini mulai banyak ditemui disupermarket. Kandungan nutrisi, kalori, dan vitaminnya sangat banyak sekali maka tidak heran kalau sekarang ini orang berpindah dari susu sapi ke susu kedelai atau soya dikarenakan lebih alami dan natural. Cara membuat susu soya ini pun sangat mudah dengan bahan baku kedelai saja.
RESEP CARA MEMBUAT SUSU KEDELAI ATAU SOYA
Bahan-bahan:

- 125 gram kedelai
- 5 sdm gula pasir
- 1/2 sdt vanilin
- Air secukupnya
CARA MEMBUAT SUSU KEDELAI ATAU SOYA
- Pertama bersihkan kedelai sampai bersih kemudian rendam dengan air biasa atau panas selama 1 jam atau sampai empuk.
- Tiriskan kedelai yang sudah direndam tersebut baru kemudian diblender sampai benar-benar hancur dan lembut dengan menambahkan air secukupnya.
- Saring hasil blenderan dengan memakai kain putih atau kain kasa atau saringan yang lubangnya kecil.
- Rebus air hasil saringan atau sari kedelai tersebut dengan api kecil dan sambil diaduk-aduk supaya tidak pecah dan cepat basi.
- Masukkan gula dan vanilin biar harum dan manis sesuai selera anda, apabila sudah mendidih matikan api, selesai dan dinginkan.
- Hidangkan susu kedelai dalam keadaan dingin atau enak juga ditambah dengan es, bisa juga ditambah pandan atau coklat sewaktu memasak supaya berfariasi rasa sesuai selera anda.
Langganan:
Postingan (Atom)