Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Kamis, 26 Desember 2013
Hukuman Aneh Dalam Dunia Sepakbola
1. Robbie Fowler
Sekali lagi, Robbie Fowler membuktikan juga bahwa dirinya seseorang yang baik bagi para pendukung aliran politik kekirian. Setelah Liverpool selesai bertanding melawan SK Brann dari Norwegia, Fowler membalik seragamnya untuk menunjukan slogan yang mendukung aksi mogok para pekerja dermaga Liverpool.
Akibat yang dilakukannya, Fowler didenda sebesar 900 Poundsterling untuk dukungan politik yang ia berikan. Hingga sekarang, representasi UEFA merasa bahwa denda yang diberikan kepada Robbie Fowler aneh dan tidak fair.
2. Ryan Babel
3. Lionel Messi
sumber
Senin, 16 Desember 2013
Forcep Tertinggal Dalam Perut
London : Akibat kecuaian doktor seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan sepasang forcep yang tertinggal dalam perutnya ketika pembedahan apendiks dijalankan seminggu lalu.
Forcep sepanjang lapan inci itu hanya diketahui tertinggal dalam badan pesakit berkenaan selepas mangsa kembali ke hospital untuk membuat pemeriksaan rutin x-ray.
Susulan insiden cuai itu, pihak pengurusan Hospital UniversitI East Kent telah menjalankan siasatan.
Menurut ketua jururawat hospital berkenaan, Julie Pearce, kejadian berkenaan sepatutnya tidak berlaku.
“Dalam masa tiga tahun ini, hanya sekali kejadian ini berlaku dan setiap tahun kita telah melakukan 90,000 prosedur pembedahan,’’ katanya.
Beliau yang juga pengarah operasi dan kualiti hospital terbabit berkata, apa yang berlaku jika peralatan pembedahan itu tidak cukup bilangannya, maka x ray akan dijalankan ketika pesakit masih berada dalam bilik bedah.
“Dalam kes ini, petugas tidak mengikut sepenuhnya polisi yang ditetapkan. Mereka hanya mengimbas bahagian perut sahaja tetapi tidak melakukan x raya sepenuhnya,’’ katanya.
Ini bukan kali pertama kecuaian dilaporkan berlaku melibatkan pegawai perubatan di hospital di negara tersebut.
Dalam insiden kecuaian sebelum ini, tulang belakang seorang pesakit telah patah akibat penggerudian yang dilakukan semasa pembedahan.
Satu lagi kes melibatkan skru kecil telah tertinggal dalam tapak tangan seorang pesakit. – MyNewsHub
Minggu, 15 Desember 2013
Zain Saidin Terkejut Gosip Bertunang Dalam Diam

PELAKON Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.
“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?
“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.
“Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.
Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.
Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.
Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.
Langganan:
Postingan (Atom)