Tampilkan postingan dengan label nyaris. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nyaris. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
Nassier Wahab Kemalangan Nyaris Maut
Salam semua,


selengkapnya
Nassier Wahab Kemalangan Nyaris Maut
Nassier Wahab Trauma Nyaris Maut! Ahad lalu di Kilometer 433.7, Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Beruntong. Kemalangan yang berlaku keatas Nassier Wahab itu hampir-hampir menyebabkan beliau dan keluarga maut.
Ketika itu Honda Accord Nassier Wahab yang dipandu oleh seorang pembantu peribadi beliau telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan, kejadian berlaku kira2 2.45 petang.
Ketika itu, Nassier menjelaskan hujan turun agak lebat. Mereka sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang untuk memenuhi satu undangan nyanyian. Dalam kemalangan itu, Nassier memberitahu, hanya isteri dan anak beliau yang mengalami sedikit kecederaan iaitu patah tulang bahu.
Nassier juga terkilan kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada sepasang warga emas yang meredah hujan semata-mata mahu membantu beliau dan keluarga.
Dalam pada itu, hari Khamis (24/5/12) Nassier sekali lagi nyaris mengalami kemalangan buat kali ke dua. Kali ini kejadian melibatkan antara beliau dan abangnya pula.
“Ketika kami dalam perjalanan, saya ada bercakap kepadanya yang kita patut bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kehidupan di dunia ini dan redha dengan apa yang berlaku.“Sebaik sahaja kami menukar lorong ke kanan, tiba-tiba sebuah lori telah melanggar beberapa kereta di lorong tengah.“Kami terkejut dan mujurlah Allah menggerakkan hati kami untuk beredar dari lorong tersebut,” tuturnya.
Nassier dikatakan terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan sebanyak RM10K untuk memperbaiki kos kereta beliau itu. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana masih selamat tambah beliau..”duit boleh dicari, sedangkan nyawa pula tiada pengganti” [sumber]
Minggu, 09 Februari 2014
Lapan Nyaris Maut Lori Rempuh Kedai Makan
Keasyikan lapan pelanggan menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan, di Temerloh, pagi semalam tergendala apabila sebuah lori tanpa muatan merempuh masuk ke dalam kedai terbabit akibat terbabas selepas terlanggar seekor babi hutan melintas jalan.Kejadian berlaku jam 10 pagi di Jalan Kuantan Kuala Lumpur dekat Kampung Batu 4, di sini, ketika terdapat lapan pelanggan bersama dua pembantu kedai yang sedang asyik melayan pelanggan dalam kedai berkenaan.
“Saya dengar bunyi bising macam helikopter nak jatuh, tiba-tiba meluru masuk sebuah lori ke dalam kedai dan merempuh sedikit pagar serta meja makan sebelum berhenti betul-betul depan pelanggan.
“Nasib baik pelanggan cepat mengelak. Beberapa pelanggan lagi cuba membantu mengeluarkan pemandu lori yang terperangkap di dalam kenderaannya,” kata pembantu kedai makan nasi kerabu, Sukaramai, semalam.
Rashidah Rashid 38, berkata, mujur semasa kejadian ramai pelanggan sudah beredar dan hanya tinggal lapan pelanggan di dalam kedai terbabit.
“Biasanya pelanggan sarapan pagi antara jam 8 hingga 9 pagi setiap hari, nasib baik semasa kejadian tidak ada ramai orang,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku beberapa pelanggan melihat keadaan lori jenis Fuso yang merempuh masuk ke dalam sebuah kedai makan, pagi semalam begitu pantas dan ketika itu dia dalam perjalanan menghantar lori terbabit kepada penjual di Kuala Lumpur.
Menurutnya, sebaik tiba di hadapan kedai berkenaan, seekor babi hutan meluru dari semak berhampiran untuk melintas jalan.
“Saya tak sempat elak dan melanggarnya, kemudian saya cuba kawal semula lori tetapi gagal dan terus masuk ke dalam kedai. “Sejak bekerja lebih setahun lalu dengan sebuah syarikat automotif di Pekan, ini kejadian paling teruk saya alami. Saya memang kerap menggunakan jalan ini dua hingga tiga kali sebulan menghantar lori ke penjual di Kuala Lumpur,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan. sumber
Langganan:
Postingan (Atom)