Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Letup Gerabak Untuk Kajian Di Britain

Letup Gerabak


LONDON – Beberapa penyelidik di Pusat Penyelidikan Rel, Universiti Newcastle, Britain meletupkan beberapa gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan baru-baru ini.
Tren itu diletupkan dengan tujuan untuk menyaksikan serpihan gerabak tersebut berterbangan.
Letupan tersebut dirakamkan menerusi kamera.
Kumpulan penyelidikan itu pernah menyatakan mereka mereka berjaya mengtinjauankan gerabak yang boleh mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan penumpang jika berlaku serangan pengganas.
Pengurangan kecelakaan itu boleh dilakukan menerusi penggunaan tingkap plastik bagi mengelak kaca berterbangan apabila gerabak dibom pengganas. – AFP
selengkapnya

Selasa, 04 Februari 2014

Dipenjara Curi 32 wang masjid untuk membeli makanan ibunya

JUMAAT, 20 JANUARI 2012



SINGAPURA - SEORANG penganggur yang mencuri $32 dari sebuah masjid untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya telah dipenjara setahun semalam.

Noraizam Abdullah, 40 tahun, mengaku bersalah bulan lalu dan mahkamah ketika itu mengarahkan pihak penjara membuat penilaian sama ada dia sesuai menjalani latihan pemulihan dan tahanan pencegahan.

Pihak pendakwa berkata bahawa Noraizam telah melakukan kesalahan mencuri sejak 1997 dan telah menjalani hukuman penjara sebanyak enam kali termasuk lima tahun latihan pemulihan pada 2002.

Walaupn pihak mahkamah mendapati dia sesuai menjalani latihan pemulihan, Hakim Daerah Siva Shanmugam berkata oleh kerana dia hanya mencuri sejumlah wang yang kecil dan ia digunakan untuk membeli makanan, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara biasa.

Dokumen mahkamah menunjukkan Noraizam telah ke Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West pada 11 Disember lalu.

Kotak derma di depan pintu masjid diletak di atas meja kecil dan dikunci dengan rantai besi.

Pada sekitar 11 pagi, Noraizam dilihat membawa kotak derma dan meja itu ke arah tangga masjid.

Apabila ditanya kakitangan masjid, Noraizam memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh pengurus masjid mengalihkan kotak derma itu ke kawasan lain.

Dia kemudian membawa kotak derma itu ke tingkat dua dan membuka kotak itu secara paksa.

Noraizam mengambil kesemua wang tersebut.

Mahkamah diberitahu bahawa dia kemudian meletakkan semula kotak derma itu di tempat asal dan pulang ke rumah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam perbuatannya itu.

Polis memberkas Noraizam dan dia didakwa pada 15 Disember lalu.

Dia memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia membelanjakan hampir kesemua duit tersebut untuk membeli makanan bagi dirinya dan ibunya.

Ibunya berkerusi roda kerana kakinya telah dipotong.

Noraizam turut mengaku kepada ibunya dia telah mencuri wang itu dari masjid kerana rasa bersalah.
selengkapnya