Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Rabu, 29 Januari 2014

Rusuhan 5 Polis Bantuan Malaysia Cedera


KUALA LUMPUR – Lima anggota polis bantuan warga Malaysia yang memiliki status penduduk tetap di Singapura, cedera ringan semasa membantu polis Singapura menangani rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura pada Ahad.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, perkara itu dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Polis Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Lima rakyat Malaysia itu yang bekerja di tiga firma keselamatan utama diambil bertugas oleh kerajaan Singapura untuk membantu polis Singapura dalam operasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kata Polis Singapura, seorang rakyat Malaysia turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan terbabit dalam rusuhan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan konsular yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan diselaraskan bersama pihak berkuasa Singapura.

Insiden itu adalah urusan dalaman Singapura dan Wisma Putra sering mengingatkan rakyat Malaysia yang berkunjung, bekerja atau tinggal di luar negara supaya menghormati undang-undang negara tuan rumah, sama seperti Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di negara ini supaya mematuhi undang-undang di sini, menurut kenyataan itu.

Pada Ahad malam, rusuhan tercetus di Little India, susulan kemalangan maut membabitkan seorang warga India berusia 33 tahun.

Dalam insiden itu, yang pertama dalam sejarah Singapura sejak merdeka, 27 warga asing dari Asia Selatan ditahan bagi membantu siasatan.

Sepuluh anggota polis cedera manakala lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian pula rosak. – BERNAMA
selengkapnya

Minggu, 29 Desember 2013

Polis Sedia Fasilitasi Jika Keluarga Putuskan Dul Dirawat di Singapura

11 Sep 2013

Jakarta - Pihak keluarga Ahmad Dhani belum memutuskan apakah AQJ alias Dul (13) akhirnya akan dirawat di Singapura atau tetap di Indonesia. Jika keluarga memutuskan untuk memindahkan perawatan Dul ke Singapura, polis  siap membantu memfasilitasi agar recovery lebih cepat. Dengan catatan, pemindahan itu atas rekomendasi medis.

"Untuk pemindahan ke sebuah rumah sakit termasuk rumah sakit di Singapura, selama itu direkemondasi doktor dan untuk keselamatan dan untuk kemanusiaan, kita tidak keberatan, tinggal mengajukan saja dan kita akan membantu memfasilitasinya," jelas Kepala Bidang Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Rikwanto di Mapolda Metro Jaya, Jakarta, Rabu (11/9/2013).

Rikwanto mengatakan pihaknya tentu akan memberikan izin kepada Ahmad Dhani sepanjang hal itu memang direkomendasikan oleh pihak doktor.

Namun, lanjut dia, sejauh ini pihaknya belum menerima ajuan dari keluarga AQJ terkait rencana pemindahan rumah sakit tersebut.

"Pembicaraan mengenai AQJ akan menjalani perawatan di luar negeri memang pernah ada. Tentang pelaksanaan tergantung keluarga atau orangtuanya," kata Rikwanto.

Selanjutnya, Rikwanto mengatakan kondisi AQJ masih memerlukan perawatan intensif pascakecelakaan tersebut. Sehingga AQJ belum memungkinkan untuk diperiksa.

"Kondisinya sempat memburuk. Hari ini akan menjalani operasi lagi yang ke lima," tukasnya.

AQJ mengalami patah tulang paha dan tulang rusuk akibat benturan keras dalam peristiwa kecelakaan maut di tol Jagorawi, akhir minggu lalu. AQJ juga sempat mengalami pendarahan di bahagian perut dalam
 detikNews
selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

LGE arah DAP buat laporan polis terhadap Puad Zakarshi

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan — DAP menuntut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi meminta maaf dan juga menarik balik kenyataannya bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim berkata, kenyataan Mohd Puad langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah terlibat dengan hal ehwal parti, dan sebuah parti yang sekular.
"Pendirian parti adalah agama merupakan hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan. Malah, DAP tidak mempunyai sumber kewangan atau keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah kitab Injil Bahasa Malaysia.
"Malangnya, fitnah yang tidak masuk akal oleh pemimpin UMNO ini disiarkan dalam semua akhbar kawalan UMNO iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Puad dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."
"Di ambang pilihan raya umum, adakah UMNO akan meneruskan fitnah yang tidak masuk akal terhadap DAP demi memenangi undi dengan mendakwa bahawa DAP sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan model Mongolia Shaariibuugiin Altantuyaa?
"DAP berasa meluat dengan taktik UMNO yang bertujuan untuk membangkit kebencian terhadap DAP di kalangan masyarakat Islam dan juga di kalangan masyarakat agama-agama lain di Malaysia," katanya lagi.

Lim berkata beliau akan mengarahkan pemimpin-pemimpin DAP untuk membuat laporan polis terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO esok kerana menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal dan bertujuan untuk mengacau ketenteraman awam, serta akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO tersebut.

"DAP bukan parti yang tidak jujur dan bersikap baling batu, sembunyi tangan, seperti UMNO dan BN yang suka main kotor dan tidak mengaku kesilapan. Demi menegakkan kebenaran dan keadilan, DAP sanggup berkorban daripada menipu.

"Dalam konteks bola sepak, BN umpama pemain Liverpool Luis Suarez - seorang rasis, "penerjun" dan penipu, berbanding DAP yang sanggup mengakui kesilapan dengan rela hati tanpa tekanan seperti BN, sepertimana semangat "fair play" pemain Liverpool Robbie Fowler yang dahulu pernah membantah apabila pengadil tersilap memberi penalti kepada Robbie dalam perlawanan menentang Arsenal," kata Lim lagi.TMI melalui yahoo
  wasukalu 
selengkapnya