Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label terhadap. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terhadap. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Buka semula kes qazaf terhadap Saiful Bukhari – peguam

Ruqayya Rahman
KUALA LUMPUR 16 MAC: Mahkamah Syariah perlu membuka semula kes qazaf berikutan pendedahan Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, kata peguam, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Beliau menyifatkan kegagalan Saiful membawa empat saksi, ditambah  pendedahan Azlan mengenai konspirasi kes Fitnah II, cukup untuk memanggil mahkamah bersidang semula.
“Kes itu makin terang. Saya harap peguam pendakwa syariah tidak lagi main ‘silap mata’ dan segera buka semula kes tanpa alasan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, mahkamah menangguh kes berkenaan dengan pelbagai alasan termasuk mengelak pertindihan dengan mahkamah rayuan sivil yang membicara kes itu semula pada 22 Julai ini.
Setapak-20130308-01007Minggu lalu, Azlan membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konpirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diatur pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.
Kata Shamsul, pindaan Seksyen 121 Perlembagaan 1988 memberi kuasa setara kepada mahkamah syariah dan mahkamah sivil, bermakna mahkamah syariah berhak meneruskan kes tanpa menunggu keputusan mahkamah sivil.

“Pendedahan Azlan menunjukkan Saiful melakukan kesalahan jenayah syariah. Mahkamah syariah boleh segera membuka semula kes qazaf tanpa menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sivil,” katanya.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata, tindakan mahkamah syariah yang sering menangguh kes memberi gambaran buruk kepada sistem kehakiman Islam.

“Kalau mahkamah syariah terus lengah-lengahkan kes ini, saya bimbang ia cemarkan reputasi mahkamah yang melaksanakan hukuman berlandas syarak,” katanya.
Beliau berkata, ulama terkenal dunia, Sheikh Yusuf Qardawi menyatakan sumpah laknat yang dilakukan Saiful adalah kesalahan jenayah qazaf.

“Yusuf Qardawi bukan calang-calang ulama, hanya Ulama’ Suq (ulama jahat) yang pertikaikan fatwa itu,” Katanya.
Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama’) tanpa membawa empat saksi lelaki.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah boleh didenda RM5,000 atau  penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=
selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

LGE arah DAP buat laporan polis terhadap Puad Zakarshi

 

KUALA LUMPUR, 8 Jan — DAP menuntut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi meminta maaf dan juga menarik balik kenyataannya bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim berkata, kenyataan Mohd Puad langsung tidak masuk akal kerana DAP tidak pernah terlibat dengan hal ehwal parti, dan sebuah parti yang sekular.
"Pendirian parti adalah agama merupakan hal peribadi dan tidak harus dipergunakan atau dipolitikkan. Malah, DAP tidak mempunyai sumber kewangan atau keupayaan untuk mencetak dan mengedar 100,000 naskhah kitab Injil Bahasa Malaysia.
"Malangnya, fitnah yang tidak masuk akal oleh pemimpin UMNO ini disiarkan dalam semua akhbar kawalan UMNO iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Puad dipetik sebagai berkata dalam sidang akhbar di Putrajaya bahawa "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskhah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."
"Di ambang pilihan raya umum, adakah UMNO akan meneruskan fitnah yang tidak masuk akal terhadap DAP demi memenangi undi dengan mendakwa bahawa DAP sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan model Mongolia Shaariibuugiin Altantuyaa?
"DAP berasa meluat dengan taktik UMNO yang bertujuan untuk membangkit kebencian terhadap DAP di kalangan masyarakat Islam dan juga di kalangan masyarakat agama-agama lain di Malaysia," katanya lagi.

Lim berkata beliau akan mengarahkan pemimpin-pemimpin DAP untuk membuat laporan polis terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO esok kerana menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal dan bertujuan untuk mengacau ketenteraman awam, serta akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Puad dan ketiga-tiga akhbar kawalan UMNO tersebut.

"DAP bukan parti yang tidak jujur dan bersikap baling batu, sembunyi tangan, seperti UMNO dan BN yang suka main kotor dan tidak mengaku kesilapan. Demi menegakkan kebenaran dan keadilan, DAP sanggup berkorban daripada menipu.

"Dalam konteks bola sepak, BN umpama pemain Liverpool Luis Suarez - seorang rasis, "penerjun" dan penipu, berbanding DAP yang sanggup mengakui kesilapan dengan rela hati tanpa tekanan seperti BN, sepertimana semangat "fair play" pemain Liverpool Robbie Fowler yang dahulu pernah membantah apabila pengadil tersilap memberi penalti kepada Robbie dalam perlawanan menentang Arsenal," kata Lim lagi.TMI melalui yahoo
  wasukalu 
selengkapnya